Ahad, 26 Julai 2009

Tanda-tanda takut kepada Allah

Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan tujuh perkara....

1) Pada lisannya.Dia menghindarkan daripada segala dusta,ghibah,menyebarkan fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap.Malah menyibukkan dirinya dengan zikrullah,membaca al-Quran dan muzakarah Ilmu.

2) Pada hatinya.Dia membuang rasa permusuhan,kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya.Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikkan.Sebagaimana Rasulullah bersabda:
" hasad itu dapat memakan kebaikkan sebagaimana api membakar kayu"
Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat merbahaya.Tidak ada ubat untuk penyakit hati melainkan ilmu dan amal.

3) Pada pandangannya.Maka dia tidak suka memandang pada makanan,minuman,pakaian atau hal-hal lain yang haram.Tidak pula terpikat pada dunia.Tetapi memandangnya dengan mengambil iktibar.Rasulullah pernah bersabda:
"Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara yang haram,maka
Allah akan memenuhi matanya dengan api neraka"

4) Pada perutnya.Maka perutnya tidak diisi dengan perkara yang haram.Itu dosa besar.Sebagaimana Hadis Nabi S.A.W:
"manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan bumi
melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada dalam perutnya.Jika dia mati dalam keadaan demikian,maka
tempatnya di Neraka"

5)Pada kedua tangannya.Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram.Tetapi hanya menggunakannya untuk takut kepada Allah.
Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar,dia berkata:" Sesungguhnya Allah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau.Di dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula.Setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok.Tidak ada boleh masuk ke situ,selain orang orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah."

6) Pada langkah (kakinya). Dia tidak berjalan untuk maksiat.Tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaanNya serta untuk bergaul dengan para ulama,orang-orang soleh.

7) Terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.Takut riak dan munafik.

Barang siapa melakukan tujuh perkara tersebut,maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT:

"sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air(Syurga)"

( Q.S Al Hijr:45)

Seolah-olah Allah mengatakan," sesungguhnya pada hari kiamat ,mereka selamat daripada api Neraka"


Dan seharusnya seorang mukmin harus berada di antara rasa takut dan berharap. Dia harus sentiasa mengharapkan rahmat Allah. Tidak berputus asa mengharapkannya.sebagaimana termaktub dalam firmanNya :

" Jangan engkau berputus asa terhadap rahmat Allah."

(Q.S Asy Syura :28)


p/s: sebarkan...InsayaAllah ini akan memberi manfaat kepada kita...

Sabtu, 25 Julai 2009

Perkara Besar Sedang Menanti

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a berkata: Saya pernah dengar Rasulullah S.A.W bersabda :

Sesungguhnya anak Adam itu sentiasa dalam lalai tentang apa yang dijadikan Allah baginya. Sesungguhnya ketika ia dicipta oleh Tuhan, berkata Tuhan kepada Malaikat : Catitkanlah rezekinya! Catitkanlah jalan hidupnya! Catitkanlah ajalnya! Catitkanlah sama ada kesudahannya celaka atau bahagia! Sesudah menjalankan tugas, Malaikat itu pun kembali.

Kemudian ditugaskan dua Malaikat pula untuk menuliskan semua kebajikan dan kejahatan orang itu seumur hidupnya. Apabila ia menemui ajalnya (mati) kedua Malaikat tadi pun berangkat kembali.

Lalu ditugaskan oleh Allah Malakul-maut (Izrail) untuk mengambil nyawanya. Setelah selesai dikuburkan, rohnya dikembalikan ke jasad. Ketika itu tibalah dua Malaikat lain (Munkar dan Nakir) untuk menyoalnya. Setelah selesai disoal, keduanya pun kembalilah.

Apabila tiba saat (Hari Kiamat) masing-masing Malaikat yang menulis kebajikan dan yang menulis kejahatan itu turun semula dengan sebuah buku catitan, lalu buku catitan itu digantungkan di leher orang itu, yang satu sebagai pemimpin dan yang satu lagi sebagai penyaksi.

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi : Sesungguhnya suatu perkara besar sedang menanti kamu di hari muka, yang mana kamu tiada tertanggung olehnya, maka hendaklah kamu memohon pertolongan Allah yang Maha Agung.

Hadis ini dicatit oleh Al-Hafih As-Sayuthi rahimahullah di dalam kitabnya Syarhus-Shudur, yang menurutnya telah dikeluarkan oleh Ibnu Abid-Dunya dan Abu Nu’aim.

Urutan Peristiwa Israk & Mikraj

Rentetan Peristiwa Israk Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a. s. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyithoh (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

-Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.


- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Abid Mati Syahid Bersama Ayahnya Dalam Satu Hari

Ahli Ibadah Mati Syahid Bersama Ayahnya Dalam Satu Hari

Muhammad Ibn Thalhah Ibn Ubaidillah dilahirkan di salah satu rumah yang termulia bagi para pejuang di masa Rasulullah SAW. Ia hidup dan tumbuh dalam naungan perjuangan. Di bawah asuhan ayah yang pemberani dan beriman. Rasulullah SAW bersabda berkenaan dengan dirinya: “Barangsiapa ingin melihat seorang syahid yang berjalan di muka bumi, lihatlah Thalhah Ubaidillah.”

Yang pertama kali terlihat oleh si bayi (Muhammad Ibn Thalhah) setelah kelahirannya ke dunia ini adalah wajah Nabi SAW. Waktu itu ia dibawa ke hadapan Rasul lalu Nabi bertanya: “Nama apa yang engkau berikan padanya?” Mereka menjawab, “Muhammad.” Kata Nabi: “Itu namaku.” Julukannya Abu Al-Qasim. Kemudian baginda SAW mendoakan bayi tersebut dengan kebaikan dan berkah.

Menjelang usia mudanya, Muhammad Ibn Thalhah tekun beribadah dan khusyuk dalam sujud. Di bawah asuhan ayahnya mampu menghafal Al-Quran. Ayahnya termasuk salah seorang dari orang-orang yang pertama kali masuk Islam (as-Sabiqun al-Awwalun). Ia juga termasuk salah seorang dari 10 orang yang diberitakan masuk syurga....

Ahli Ibadah Mati Syahid Bersama Ayahnya Dalam Satu Hari

Muhammad Ibn Thalhah Ibn Ubaidillah dilahirkan di salah satu rumah yang termulia bagi para pejuang di masa Rasulullah SAW. Ia hidup dan tumbuh dalam naungan perjuangan. Di bawah asuhan ayah yang pemberani dan beriman. Rasulullah SAW bersabda berkenaan dengan dirinya: “Barangsiapa ingin melihat seorang syahid yang berjalan di muka bumi, lihatlah Thalhah Ubaidillah.”

Yang pertama kali terlihat oleh si bayi (Muhammad Ibn Thalhah) setelah kelahirannya ke dunia ini adalah wajah Nabi SAW. Waktu itu ia dibawa ke hadapan Rasul lalu Nabi bertanya: “Nama apa yang engkau berikan padanya?” Mereka menjawab, “Muhammad.” Kata Nabi: “Itu namaku.” Julukannya Abu Al-Qasim. Kemudian baginda SAW mendoakan bayi tersebut dengan kebaikan dan berkah.

Menjelang usia mudanya, Muhammad Ibn Thalhah tekun beribadah dan khusyuk dalam sujud. Di bawah asuhan ayahnya mampu menghafal Al-Quran. Ayahnya termasuk salah seorang dari orang-orang yang pertama kali masuk Islam (as-Sabiqun al-Awwalun). Ia juga termasuk salah seorang dari 10 orang yang diberitakan masuk syurga. Juga termasuk salah seorang yang jadikan Umar sebagai calon khalifah dalam dewan permesyuaratan.

Beliau tertimpa musibah di waktu perang Uhud. Rasulullah SAW merawatnya sendiri, ertinya merawat dengan tangan baginda sendiri kepada Thalhah yang terkena anak panah sehingga tangannya terasa kaku. Rasulullah mengangkat Thalhah kepunggungnya dan membawanya sampai jauh dari para pemanah.

Pada waktu itu Rasulullah berkata: “Wajib bagi Thalhah!” Ertinya Thalhah telah melakukan suatu amal yang mewajibkannya masuk syurga.

Thalhah mendidik anaknya, Muhammad, dengan pendidikan yang mulia sehingga Muhammad tekun beribadah kepada Allah. Tidak ada kesenangan duniawi dengan segala perhiasannya, yang dapat menggantikannya dari kesibukan berzikir kepada Allah dan membaca Al-Quran. Jika ia hendak solat, di malam hari ia munajat kepada Allah, sehingga lupa akan segala sesuatu yang ada di sekitarnya. Bahkan ia tidak tahu telah berapa lama waktunya berlalu. Oleh kerana itu ia dijuluki sebagai ahli sujud, kerana banyaknya sujud yang ia lakukan kepada Allah Azzawa Jalla.

Baginya belum merasa cukup jika hanya mendengar nasihat dari ayahnya. Ia sendiri mendengar dari Rasulullah SAW. Muhammad Ibn Thalhah juga mengunjungi ibu saudaranya Zainab binti Jahsy. Ia duduk dan mendengarkan nasihatnya yang ia terima dari Rasul. Dengan demikian ia tahu bagaimana beliau berinteraksi dengan keluarga dan pembantunya. Ia tahu bagaimana Rasulullah menerima wahyu. Hal ini makin memberinya kekuatan iman dan dapat menambah cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Ia melaksanakan ibadah solat, puasa dan menjauhi gemerlapnya dunia dan nafsu syahwat, bahkan tetap di jalan yang lurus dalam setiap ucapan dan perbuatan.

Di samping Muhammad Ibn Thalhah menghafal Kitabullah ia juga memperhatikan ayat-ayatnya pada saat membacanya. Ia menghafal banyak hadith Nabi dan menjadikannya sebagai pedoman hidup. Oleh kerana itu ia mencapai kedudukan yang tinggi di antara manusia. Beliau merasa cukup dengan keadaan sederhana, merendah, tidak angkuh terhadap yang miskin, meskipun Allah memberinya kesenangan duniawi sehingga menjadikannya termasuk orang-orang yang kaya.

Sebagaimana halnya Muhammad Ibn Thalhah mulia kerana amalan hidupnya yang penuh dengan beribadah kepada Allah tidak condong pada gemerlapan kehidupan duniawi dan kenikmatannya, ia juga terhindar dari terlibatnya kehidupan kaum muslimin yang terjerumus dalam fitnah setelah wafatnya Rasulullah. Kerana itu ketika Amirul Mukminin Utsman Ibn Affan terbunuh di rumahnya dalam keadaan sedang membaca Al-Quran di biliknya, Muhammad Ibn Thalhah bertanya-tanya sambil bercucuran air mata membasahi janggutnya, siapa gerangan yang membunuh Amirul Mukminin?

Apakah Muhammad Ibn Abu Bakar terlibat dalam pembunuhan tersebut ataukah isu itu hanya sengaja memalingkan dari keadaan yang sebenarnya yang dilakukan oleh orang-orang derhaka? Setelah jelas bahawa putera Abu Bakar Ash-Shiddiq tidak terlibat, fikirannya mantap dan semangat cintanya berkobar. Ia amat mengharapkan agar putera Abu Bakar tersebut tidak terlibat dalam pembunuhan Amirul Mukminin.

Wafatnya Utsman merupakan awal terjadinya fitnah yang keji dan kemudian berlanjut dengan terpecahnya barisan umat Islam. Kaum muslimin membaiat Saidina Ali sebagai khalifah. Semuanya membaiat, kecuali Muawiyah dan penduduk Syam. Peristiwanya berlangsung amat cepat. Terjadilah perang unta di mana Ummul Mukminin Aisyah ra. terlibat di dalamnya.

Thalhah termasuk pemerhati atas terbunuhnya Utsman Ibn Affan. Oleh kerana itu sebenarnya ia tidak sepenuhnya terlibat dalam pertempuran ini. Justeru itu Bani Umaiyah memperoleh keuntungan darinya demi melaksanakan balas dendam. Hal ini terbukti ketika Marwan Ibn Al-Hakam mengarahkan panahnya ke Thalhah.

Saat itu Thalhah berseru: “Saya tidak menuntut balas setelah hari ini!” Thalhah menemui ajalnya, ia gugur sebagai syahid.

Adapun Muhammad Ibn Thalhah, ia sebenarnya condong kepada pihak Saidina Ali, tetapi kerana taat pada ayahnya yang terlibat dalam memerangi Saidina Ali maka ia ada di pihak lawan Ali. Meskipun demikian ia tidak berusaha membunuh seseorang. Apabila seseorang mengangkat senjata melawannya, ia berkata: “Aku ingatkan engkau dengan seorang sahabat karib!” Lalu ia menjauhinya.

Begitu seterusnya sampai datang seorang lelaki berhati keras bernama Isham Ibn Muqsyair an-Nashri menurut pendapat yang terkuat, tidak mempedulikan kata-katanya, “Aku ingatkan engkau dengan seorang sahabat karib.” Orang ini langsung mengangkat senjata ke arahnya, menikam dengan tikaman mematikan. Maka Muhammad jatuh, darahnya mengalir, lalu si pembunuh berdiri sambil melagukan beberapa syair berikut ini:

Timbullah kekuatan sebagai tanda kekuasaan Tuhan
Sedikit sekali rintangan yang dijumpai oleh seorang muslim
la terpanah di bahagian bawah dadanya
Dua tangan dan mulutnya jatuh terbanting
Saat tertikam ia mengingatkanku sebagai sahabat karib
Mengapa tidak ia ucapkan sahabat karib sebelum maju?

Dengan cara itulah ia mati syahid. Ia terbunuh sebagai hamba yang menegakkan ayat-ayat Allah. Ia mengingatkan tentang sahabat karib, tapi tidak terdengar dan tidak terjawab.

Setelah pertempuran selesai, Saidina Ali, puteranya Hasan, Muhammad Ibn Abu Bakar, dan Amar Ibn Yasir memeriksa medan perang, tiba-tiba Hasan melihat mayat yang wajahnya tertelungkup. Kemudian ia membalikkan badannya, dan setelah diperhatikan ia berkata: “Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un (sesungguhnya segala sesuatu itu bagi Allah dan sesungguhnya segala sesuatu itu akan kembali kepada Allah).

Demi Allah, orang ini termasuk bahagian dari orang Quraisy.” Ayahnya bertanya kepadanya: “Siapa ia, wahai anakku?” Jawab Hasan, “Muhammad Ibn Thalhah.” Saidina Ali kemudian berkata: “Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un. Orang ini ahli sujud dan pemelihara Kaabah. Ia adalah pemuda yang soleh.” Setelah itu beliau duduk, nampak sedih dan pilu. Hasan berkata kepadanya: “Wahai ayahku, dulu aku pernah mencegahmu melakukan perjalanan ini, tapi si anu dan si anu mengalahkan pendapatmu.” Jawab Saidina Ali: “Dulunya begitu (sekarang sudah terjadi), wahai anakku. Aku berharap seandainya 20 tahun yang lalu aku sudah meninggal.”

Allah menghendaki agar Thalhah dan puteranya dimakamkan dalam satu kubur. Langit membukakan pintu rahmat dan keredaan bagi kedua pahlawan syahid ini.

wallahua'lam

Kisah Siti Fatimah r.a

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

Buat renungan semua: Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan manusia Orang yang berfikiran cetek banyak memperkatakan diri mereka

Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lebih baik :
1. Sifat malu dari lelaki adalah baik, tetapi dari perempuan adalah lebih baik,
2. Adil dari setiap orang adalah baik, tetapi dari pemimpin adalah lebih baik,
3. Bertaubat dari orang tua adalah baik, tetapi dari orang muda adalah lebih baik,
4. Derma dan sedekah dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang fakir adalah lebih baik.

Sekian

Kerana Bahasa Malaysia itu bahasa ibundaku...

Nur Najihah Muhaimin ialah salah seorang daripada tiga pelajar Melayu di negeri Perak Darul Ridzuan yang menyaman kerajaan Malaysia berhubung pelaksanaan Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sekarang beliau dan keluarga tinggal di Britain kerana mengikuti ayahnya yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah (PhD) di salah sebuah universiti terkemuka di sana. Beliau kini sedang belajar di Bishop Gore Comprehensive School, Swansea UK. Ikuti luahan hati Nur Najihah tentang isu PPSMI dan kembali menghijaunya semangat beliau setelah melihat para pejuang bahasa terutamanya Pak Samad kini bangkit berdiri membantah pelaksanaan PPSMI.

Sudah lama saya baca tentang kes ini dari jauh. Awalnya, saya sudah mula bosan bila saya lihat orang Melayu Malaysia seolah-olah tidak ambil kisah akan perjuangan bahasa ini. Namun begitu, paradigma berlaku apabila tiba-tiba orang Malaysia kini tahu perjuangan bahasa tanpa mengira bangsa. Perasaan perjuangan saya kembali hijau. Seribu kata terpendam di atas kertas.

Dari bumi Hamlet, saya sekadar dapat membaca berita tentang ramai tokoh bahasa seperti Pak Samad Said mula bangkit menentang pelaksanaan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Mereka ada demonstrasi di Kuala Lumpur. Pak Samad pun sudah berceramah di Bukit Gantang semasa pilihan raya kecil hari itu.

Kalau saya ada di tanah air tentu saya pergi. Waktu pak cik Hanipa Maidin yang menjadi peguam kami datang ke UK, saya tanya bagaimana cerita kes saman kami. Jawapannya "tidak menggembirakan".

Kadangkala saya rasa bosan menunggu sesuatu yang tak pasti. Ketika arwah embah (atuk) saya masih ada, dia kata hendak datang ke mahkamah jika kes itu dibicarakan. Tuhan sudah memanggil embah namun mahkamah Malaysia tidak pernah memanggil kami. Tetapi sejak akhir-akhir ini saya seronok mendengar cerita tentang isu ini. Sayapun bersemangat balik. Sebab itu, saya tulis surat ini.

Ketika itu saya berumur 15 tahun, saya bersama tiga pelajar dari Perak telah memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia. Isunya tentang dunia pelajar dan pelajaran di sekolah. Ya. Isu Bahasa Inggeris yang digunakan sebagai bahasa pengantar bagi matapelajaran Matematik dan Sains. Apabila ayah saya meminta pandangan saya sama ada saya bersedia atau tidak, saya kata OK. Saya sanggup buat.

Ada benarnya inilah antara isu politik yang digunakan oleh pelbagai pihak. Namun saya tidak mahu kami dijadikan bahan eksperimen oleh kerajaan atau pihak tertentu. Bagi saya, tiada masalah bagi mana-mana pihak yang hendak memperjuangkan kebenaran. Saya tidak dipergunakan kerana saya percaya tiada sebab harus saya tolak perjuangan jika ia berasaskan fakta. Apa yang dilakukan oleh saya dan rakan-rakan lain bukanlah sesuatu yang salah. Saya anak bangsa Malaysia dan saya tahu hak anak bangsa Malaysia itu.

Teman-teman sekolah saya ada yang mendakwa saya telah mencemarkan nama baik sekolah. Saya tegaskan, saya tidak punya kepentingan diri tetapi ini kepentingan bersama. Ada juga yang kata saya dipergunakan untuk kepentingan politik. Politik politiklah. Saya juga ada pendirian sendiri. Bukan itu niat saya. Saya sayangkan bahasa dan bangsa saya. Berbagai pihak memberikan sokongan moral. Terima kasih atas sokongan kalian kerana berdiri sama di jalan bangsa dan bahasa kita. Tabik spring!

Hati agak berdebar bila Penolong Kanan sekolah ingin bertemu dengan saya. Beliau mendapat arahan dari pihak Kementerian Pelajaran untuk menyoal siasat budak kecil yang pandai-pandai menyaman kerajaan Malaysia.

Kini saya tinggal di tanah penjajah, belajar bersama warganegara dunia yang lain. Saya belajar bersama orang putih dan bertutur dalam bahasa Inggeris. Saya pernah bercerita dengan guru-guru dan kawan-kawan di sini tentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik di Malaysia. Mereka berasa bangga walaupun mereka tidak tahu tentang Malaysia. Ya, tanpa menafikan penggunaan bahasa Inggeris itu sebagai bahasa antarabangsa. Tidakkah ada kekesalan meletakkan bahasa ibunda di tangga kedua di hati pihak kerajaan kerana bersifat zalim terhadap bahasa ibunda kita?

Mafhum firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah terhadap manusia, dan apabila kamu berhukum maka hendaklah kamu menghukum dengan seadil-adilnya." (An-Nisa�: 58)

Banyak sebab yang boleh saya berikan mengapa saya mengambil tindakan menyaman kerajaan. Sila baca dan fikirkan.

Menurut fasal 152 Perlembagaan, Akta Bahasa Kebangsaan (1967) dan Akta Pelajaran (1996), Bahasa Malaysia adalah bahasa pengantar. Maka dengan itu kerajaan sendiri telah melanggari akta itu. Jelas bukan!

Keduanya, Bahasa Malaysia itu bahasa ibunda. Tanpa menafikan keperluan Bahasa Inggeris untuk dikuasai tetapi jangan sampai bahasa ibunda terkorban dan diketepikan. Sedangkan bahasa melambangkan bangsa! Lagipun di Jepun, China, Jerman, Perancis, dan juga orang Welsh di UK, masih menutur bicara dalam bahasa ibunda mereka. Sedangkan mereka adalah antara negara maju!

Jerman, negara pengeluar kereta tetap maju meskipun tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar mereka di sekolah. Perdana Menteri Jepun dan Turki sendiri pun tidak menguasai Bahasa Inggeris. Namun Erdogan, Perdana Menteri Turki hebat saja bicaranya menentang Perdana Menteri Israel dalam bahasa Turki.

Kasihan dan simpati untuk mereka yang duduk di pedalaman yang mungkin banyak kekurangan berbanding dengan sekolah di bandar. Bahasa Malaysia pun belum tentu boleh dapat A, inikan pula hendak menggunakan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Ada juga guru turut menentang dalam "kata-kata yang agak terhad" kerana pihak kerajaan berkemungkinan akan mengambil tindakan terhadap kakitangan kerajaan yang menentang apa yang kerajaan buat. Ini sesuatu ketidakadilan! Saya mewakili suara hati mereka yang sebenarnya mahu menjeritkan suara keadilan itu. Demokrasikah Malaysia kita?

Guru-guru Matematik dan Sains harus menghadiri kursus khusus bagi mempelajari dan mengajar Bahasa Inggeris. Banyak wang kerajaan terpaksa dibelanjakan demi untuk mengagungkan bahasa penjajah itu.

Di sekolah Cina, mereka belajar dalam dwibahasa. Setelah selesai pembelajaran dalam Bahasa Inggeris, mereka akan belajar dalam Bahasa Mandarin pula. Ini tak adillah.

Saya ada hak untuk bersuara kerana saya antara mangsa dasar itu. Saya anak Malaysia. Maka ini adalah hak saya sebagai pelajar dan juga hak mereka yang bergelar pelajar Malaysia. Saya berada di pihak yang benar. Saya tidak memalukan sekolah seperti didakwa segelintir teman-teman sekolah.

Oleh itu, saya mendesak pihak kerajaan agar menukar balik dan mengambil kira tindakan seadilnya terhadap isu ini. Dayuslah jika kita membiarkan suara anak Malaysia yang berhak itu dinafikan. Kecuali jika benar anda pekak, bisu dan buta mata hati.

Bahasa adalah jiwa bangsa!

ISA 'penyelamat' pemimpin pemerintah, bukan keselamatan negara

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah.

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini berhubung akta 'tanpa bicara' yang telah mendapat bantahan seluruh masyarakat sekaligus menggesa kerajaan memanmsuhkannya serta-merta.

Katanya, ISA adalah undang-undang zaman penjajah sedangkan negara ini memerlukan satu undang-undang yang merdeka tanpa mengongkong rakyat sebaliknya bertujuan untuk menjaga keamanan dan keselamatan.

"Bukan kita tidak boleh bertindak untuk selamatkan negara. Tetapi undang-undang itu sudah lapuk, undang-undang yang diamalkan oleh penjajah. Kita sudah merdeka, mesti undang-undang yang tidak mengongkong rakyat, yang menjaga keamanan, keselamatan.

"Apa yang berlaku hari ini undang-undang keselamatan negara menjadi undang-undang keselamatan pemimpin-pemimpin parti yang memerintah, keselamatan tokoh-tokoh yang memerintah, ini bukan undang-undang keselamatan negara!" tegasnya pada sidang media di Hotel Holiday Villa, di sini semalam

Ditanya wartawan mengenai kedapatan pihak dalam Umno yang mulai mempertikaikan ISA, Ustaz Hadi menyifatkan perkara itu sebagai kejayaan dari teguran dan kritik dibuat selama ini.

"Menunjukkan bahawa mereka (Umno) sudah tidak bersetuju dengan konsep ISA itu dan dasarnya yang perlu dikaji semula, perlu dinilai semula. Apatah lagi akta ini akta dari zaman penjajahan, negara kita telah mencapai kemerdekaan, sepatutnya dilakukan pembaharuan termasuklah pembaharuan undang-undang; memerdekakan undang-undang negara, undang-undang negara mesti dibebaskan dari belengu-belengu kezaliman yang mengongkong rakyat.

"Umno juga ada yang setuju mansuh, ada yang setuju pinda, (maknanya) dalam Umno sudah ada perbahasan di dalam mereka," ujarnya pada sidang media selepas selesai Retreat PAS Pusat yang berlangsung selama tiga hari itu.

Turut serta pada sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar; Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Setiausaha Agung, Dato' Mustafa Ali; Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Seri Ustaz Azizan

Jumaat, 24 Julai 2009

INSTITUSI ULAMA

Polemik ulama dan profesional dalam kepimpinan PAS yang menghiasi dada-dada akhbar sebelum ini, kini hampir reda.

Penjelasan panjang lebar Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenainya dalam Harakah edisi terbaru seperti menjernihkan suasana.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof berkata, isu tersebut sebenarnya tidak perlu diperdebatkan kerana sudah sedia dimaklumi sejak 25 tahun lalu.

“Apa yang penting bukan ulama secara individu yang dipertahankan sebaliknya institusi ulama itu sendiri.

“Majlis Syura Ulamak memberi segala panduan mengenai dasar parti biar pun kuasa eksekutif berada di tangan Presiden,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Kelantan di sini, hari ini.

Muktamar tersebut bertema ‘Perteguh Kemenangan Lima Dekad Menerajui Perubahan’ menyaksikan peralihan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kelantan kepada Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.

Mohd Zaki Ibrahim tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS negeri memandangkan faktor usia.

Sebelum berlangsung perasmian muktamar tersebut tayangan mengimbau kembali jasa-jasa bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Allahyarham Wan Jamil Wan Mahmood diadakan.

Sabki berkata, beliau menyokong penuh penjelasan yang diberi Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengenai konsep sebenar kepemimpinan ulama yang tidak meminggirkan golongan profesional.

Ketika berucap sebelum itu katanya, Majlis Syura Ulamak merupakan institusi paling penting dalam PAS bagi memantau perjalanan parti supaya berada di landasan yang betul.

Beliau juga berharap pemimpin PAS tidak menjadikan kedudukan dalam kerajaan sebagai tempat untuk mencari peluang bagi kepentingan diri sendiri.

“Sekarang ada di kalangan kita diuji dengan kemewahan kerana mempunyai kedudukan dalam parti dan kerajaan. Sedangkan dahulu kita diuji dengan kesempitan dan kedhaifan hidup.

“Oleh itu kita perlu dibezakan dengan perjuangan Umno yang berebut tempat dalam parti tersebut kerana ingin mengumpul kekayaan peribadi melalui kuasa dan pangkat yang ada,” katanya.

Mohd Zaki pula mengingatkan pemimpin dan penyokong PAS tidak alpa dalam perjuangan seperti yang berlaku sebelum ini sehingga parti itu hampir kecundang di Kelantan pada pilihan raya 2004.

Menurutnya selepas mendapat kejayaan besar dalam pilihan raya 1990, PAS kehilangan 10 kerusi Dun pada pilihan raya 1995.

“Hasil kerja kuat kita menyebabkan lapan daripada 10 kerusi tersebut berjaya dirampas kembali pada pilihan raya 1999.

“Namun kesilapan yang kita lakukan lagi menyebabkan Umno berjaya meningkat semula prestasi mereka pada pilihan raya 2004 sehingga ketinggalan satu kerusi Dun di belakang PAS,” katanya.

Oleh itu kata beliau usaha berterusan hendak dilakukan terutamanya bagi menarik sokongan golongan muda yang ternyata berjaya digembelingkan pada pilihan raya umum tahun lepas

Taubat yang syaratnya gagal dipenuhi

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan.”

Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT.

Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing. Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya.

Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis.

Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru.

Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan.

Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali.”

Meskipun Nabi s.a.w. maksum (dikawal) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari.

Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan maksum. Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar mohon supaya Tuhan ampuni dosanya.

Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu.

Bagi Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap.

Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan ‘muqorrobin’ seperti golongan para nabi itu.

Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan solat malam tahjud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh kekalkan sudah dikira termasuk golongan ‘abrar’.

Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya, ia dikira berdosa bagi golongn muqarrabin jika ibadatnya sekadar itu.

Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut: “Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a’alantu wama Anta a’alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta ‘ala kulli syai-in qadir.”

Ia bermaksud: �Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu.”

Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: “Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta.”

Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat.

Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat uantuk meninggalkan dosa dan menyesalinya.

Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi.

Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri?

Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi’ah Al-’Adawiyyah berkata: “Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu.”

Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak lakukannya lagi.

Beristighfar dalam keadaan demikian bererti dia sedang berdusta, seolah-olah mempermain-main dengan Allah SWT dengan istilah taubat.

Bertaubat dalam suasana demikian lebih buruk daripada melakukan dosa yang sebenar, kerana taubat seperti itu merupakan suatu dosa yang perlu bertaubat semula kerana bertaubat yang menyalahi syarat taubat. Inilah taubat manusia pendusta terhadap Tuhan

FACEBOOK YAHUDI?

Facebook milik Yahudi rupanya…
Posted by Anak Sungai Derhaka

Aku betul betul tak tau pasal benda nih.

Korang tau tak pasal benda nih?! Ades.. Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi.

Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang meninggalkan Fotopages , kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana!!

Baca Dibawah!!

Tahukah anda!!!Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda!!! bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?

Tahukah anda!!! bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda!!! bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.

Tahukah anda!!! bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti…
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B’inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .
Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik .
Aku tak laa baik sangat. Semayang pun selalu miss. Tapi aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan. p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari Sejarah2U so..
kepada saudara muslimin muslimat..
tolong war2kn perkara ini!!!!!!

KELUASAN NERAKA

Keluasan Neraka yang amat dasyat

Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya….
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang
kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. “Mengapa aku melihat kau
berubah muka?”

Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang
yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu
benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia
merasa aman daripadanya.”

Lalu nabi s. a. w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.”

Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap,
tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan
dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah
yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur’an
itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar
orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,
dan
minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan
api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”

Nabi s. a. w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
rumah kami?” Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya
di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000
tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota
kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”
Jawab Jibrail: “Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa
a. s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua
tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat
orang shobi’in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi
bernama
Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.” Kemudian Jibrail
diam
segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau
terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya: “Di dalamnya
orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum
sempat bertaubat.”

Maka nabi s. a. w.. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya
sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: “Ya
Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada
seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya:
“Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.” Kemudian nabi s.
a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk
ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila
sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari
kitab “Peringatan Bagi Yg Lalai”)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari
Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua’lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

” Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah
Kami
menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu
dilaknat
oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.”

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:”
Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..

KEWAJIPAN ORANG-ORANG ISLAM TERHADAP AL-SUNNAH

Al-Sunnah al-Nabawiyyah adalah manhaj yang lengkap bagi kehidupan individu dan masyarakat Islam, sebagaimana yang kita ketahui ia sebagai penafsir al-Qur’an dan gambaran Islam.

Rasulullah s.a.w. adalah pernyataan al-Qur’an dan gambaran Islam yang tergambar pada setiap ucapan, perbuatannya dan sirahnya, baik ketika bersendirian mahupun di kalangan orang ramai, sama ada ketika di dalam negeri atau bermusafir, ketika jaga dan tidur. Pernyataan dan gambaran itu juga terserlah pada kehidupan yang khusus untuk baginda atau untuk umum, perhubungan dengan Allah s.w.t. dan dengan manusia, dengan kaum kerabat yang dekat dan yang jauh, para ketua dan juga musuh-musuh, ketika aman dan perang, ketika tenteram dan ketika ditimpa bencana.

Antara kewajipan orang Islam ialah mengetahui Manhaj Nabawi yang terdapat di dalamnya ciri-ciri kesyumulan, kesempurnaan, seimbang dan mudah, yang terpancar padanya makna ketuhanan yang utuh, kemanusiaan yang unggul dan keperibadian atau akhlak yang kukuh.

Hal ini mewajibkan mereka mengetahui bagaimana hendak membetulkan kefahaman tentang al-Sunnah yang mulia ini dan bagaimana cara berinteraksi dengan pemahaman yang sebaik-baiknya sebagaimana amalan golongan terbaik umat ini, iaitu kalangan Sahabat dan para pengikut mereka.

Pada pandangan penulis, masalah utama orang-orang Islam pada zaman ini ialah krisis pemikiran yang merupakan masalah dalaman. Contoh paling jelas dalam krisis pemikiran ini ialah masalah memahami dan berinteraksi dengan al-Sunnah, khususnya pada sesetengah ajaran utama Islam, yang dapat ditanggapi oleh mata kasar dan menjadi harapan serta diceburi oleh umat manusia di timur dan barat, yang kebanyakannya adalah natijah kefahaman mereka yang dangkal dan tersasar terhadap al-Sunnah.

WASPADA TERHADAP TIGA PENYAKIT

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. yang memfokuskan kepada ilmu pengetahuan, kenabian dan Risalah yang ada di tangan para pelampau, pendusta dan orang-orang yang jahil.Iaitu riwayat daripada oleh Ibn Jarir dan dilengkapkan dalam Fawa’idnya dan oleh Ibn ‘Adi dan lain-lain dari­pada Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda:يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله ينفون عنه تحريف الغالين وانتحال المبطلين وتأويل الجاهلين . رواه البيهقي Terjemahan: Ilmu ini akan dibawa oleh orang-orang yang adil dari setiap generasi. Mereka membersihkannya dari penyelewengan golongan pelampau, pendustaan orang-orang sesat dan ta’wilan orang-orang jahil. Riwayat al-Baihaqi.Inilah tiga faktor penghancur yang setiap satunya sama-sama berbahaya terhadap warisan Nabi (al-Sunnah).

a. Penyelewengan Golongan Pelampau Penyelewengan ini datang melalui cara yang melampau dan tokok tambah yang bertukar dari bentuk kesederhanaan (wasatiyyah) yang menjadi keistimewaan agama ini, berubah daripada konsep toleransi yang menjadi ciri agama yang mudah ini, dan berubah daripada konsep tidak menyulitkan yang merupakan ciri taklif syari’at ini.Sesungguhnya sikap melampaulah yang telah membinasakan Ahli Kitab sebelum ini, yang telah melampaui batas dalam aspek aqidah, ibadat dan tingkah laku.

Al-Qur’an telah merakamkan hal demikian ketika Allah s.w.t. berfirman:قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِنْ قَبْلُ وَأَضَلُّوا كَثِيرًا وَضَلُّوا عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ“Katakanlah, “Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agama kamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka sesat dari jalan yang lurus.” ) al-Ma’idah:77).

Kerana ini Ibn ‘Abbas telah meriwayatkan daripada Rasulullah s. a. w.:إياكم والغلو في الدين فإنما هلك من كان قبلكم بالغلو في الدينTerjemahan: Hendaklah kamu menjauhi sikap melampau-lampau dalam agama, sesungguhnya orang yang terdahulu daripada kamu telah binasa kerana melampau dalam agama. Riwayat Ibn Majah.Dan diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud r.a. daripada Rasulullah s.a.w.:هلك المتنطعونTerjemahan: Orang-orang yang melam­paui batas telah binasa. Riwayat Muslim.(Rasulullah s.a.w. mengucapkannya sebanyak tiga kali.)

b. Pendustaan oleh orang-orang sesat Dalam hal ini terdapat pendustaan yang diserapkan oleh ahli-ahli pendusta ke dalam manhaj al-Nabawi yang sebenarnya bukan daripada Baginda. Mereka menampilkan rekaan-rekaan dan bid’ah ke dalamnya yang tidak dapat diterima oleh sifat semulajadinya, ditolak oleh aqidah dan syari’atnya, dan jauh daripada prinsip agama mahupun cabangnya.

Apabila mereka gagal menyusupkan sesuatu (rekaan dan bid’ah) ke dalam al-Qur’an yang dipelihara di dalam dada orang-orang Islam, yang termaktub di dalam mushaf-mushaf dan sentiasa dibaca oleh orang-orang Islam, mereka menyangka usaha-usaha mereka untuk membuat pendustaan atau tokok tambah terhadap al-Sunnah adalah lebih mudah, yang membolehkan mereka berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda …” tanpa sebarang keterangan. Tetapi tokoh-tokoh ulama umat Islam dan para pemelihara (pencinta) al-Sunnah telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menghadapi mereka dan menutup segala pintu pendustaan.

Para ulama tidak akan menerima sebuah hadis pun tanpa sanad, dan mereka tidak akan menerima sanad-sanad tanpa menjelaskan perawi-perawinya satu-persatu, sehingga dikenali siapa dia dan diketahui riwayat hidupnya, bermula dari tarikh kelahirannya hingga saat kematiannya. Mereka juga ingin mengetahui di mana dia mendengar riwayat? Siapa guru-gurunya? Siapa sahabat-sahabatnya dan siapa murid-muridnya. Setakat mana sifat amanah dan taqwanya? Bagaimana hafalan dan ingatannya (kedabitan-nya)? dan setakat mana kesepakatannya dengan perawi-perawi thiqah yang masyhur atau periwayatan yang lemah (gharib) secara sendirian. Kerana itulah mereka mengatakan, “Al-Isnad (rantaian perawi) sebahagian daripada agama, jika tanpa al-isnad, orang akan mengatakan apa sahaja yang mereka mahu. Penuntut ilmu tanpa isnad seperti pencari kayu pada waktu malam!Mereka juga tidak akan menerima sesebuah hadis melainkan hadis yang bersambung sanadnya daripada awalnya hingga akhir oleh perawi-perawi yang thiqah lagi adil dan dabit, tanpa kecacatan yang jelas atau tidak jelas dan selamat daripada syaz atau illah (kecacatan) yang buruk.Inilah ketelitian syarat-syarat dalam pengajian al-isnad yang menjadi panduan dan ikutan bagi umat Islam dan yang telah didahului oleh umat yang maju zaman ini dalam meletakkan asas-asas metodologi ilmu sejarah.

c. Takwilan Orang-orang JahilDalam hal ini terdapat takwilan menyeleweng yang merosakkan hakikat Islam, yang memalingkan kebenaran daripada tempatnya yang sebenar, yang mengurangkan kandungan Islam, hingga terkeluar daripada hukum-hukum dan ajaran-ajarannya yang dasar. Hal ini dapat dilihat pada percubaan ahli al-batil (penyesat) yang hendak memasukkan sesuatu yang bukan Islam ke dalam Islam, ataupun melambat-lambatkan apa yang sepatutnya didahulukan dan mendahulukan apa yang sepatutnya dikemudiankan.

Inilah takwil yang buruk dan fahaman yang keji di kalangan orang jahil terhadap agama Islam, iaitu orang-orang yang tidak menghayati semangat agama dan tidak pula membuka mata mereka kepada kebenarannya, maka ilmu mereka tidak mantap untuk melihat kebenaran kerana mereka tidak terlepas daripada fahaman yang menyeleweng dan membelakangkan hukum-hukum yang tetap jelas atau al-muhkamat. Sebaliknya mereka mengikut hukum-hukum yang samar atau al-mutasyabihat dan mencipta fitnah dan takwilan-takwilannya kerana mengikut hawa nafsu yang menyesatkan daripada jalan Allah.

Takwil orang-orang jahil ialah mereka memakai pakaian ulama dan menzahirkan sikap hukama. Inilah yang mesti kita berikan perhatian dan berwaspada serta merancang langkah-langkah yang perlu bagi menghindarkan diri daripada terjebak di dalamnya. Sesungguhnya kemusnahan golongan yang meyalahi danmeyimpang dari aqidah dan syariat Islam serta golongan yang sesat kerana takwilan mereka yang jelek dan keji.

Sehubungan dengan itu, penulis memetik satu ucapan jelas daripada Imam Ibn al-Qayyim yang ditulis di dalam Kitab al-Ruh mengenai kepentingan kefahaman yang betul (baik) tentang Hadith Rasulullah s.a.w.:

“Sepatutnya difahamkan maksud Hadith Rasulullah s.a.w. tanpa keterlaluan dan kecuaian. Janganlah diertikan (diandaikan) maksud percakapannya kepada yang bukan dimaksudkannya. Janganlah dikurangi maksudnya dan tujuan-tujuan kandungannya yang terdiri daripada petunjuk dan penerangan, sesungguh­nya kecuaian dan penyimpangan maksud akan menyesatkan daripada maksud yang sebenar. Tiada yang mengetahui melainkan Allah, bahkan fahaman yang buruk dan salah yang menyimpang daripada mak­sud Allah dan Rasul-Nya merupakan punca segala bid’ah dan kesesatan yang dihidupkan di dalam Islam, juga punca segala kesalahan dalam memahami prinsip asas (al-usul) dan cabang hukum-hukum (al-furu’), dan tentunya membawa kepada objektif yang salah. Fahaman yang salah juga diakui dalam sesetengah perkara yang menjadi ikutan ramai dengan tujuan baik sedangkan orang yang diikuti bertujuan tidak baik. Apakah musibah yang terkena pada agama dan penganutnya (Islam)I Semoga Allah sentiasa memberi pertolongan. Apakah yang telah berlaku kepada golongan Qadariyyaht Murji’ah, Khawarij, Mu’tazilah, Jahmiyyah, Rawafid dan semua golongan ahli bid’ah, melainkan fahaman yang salah mengenai Allah dan Rasul-Nya, hingga urusan memahami agama terletak di tangan kebanyakan orang. Inilah sebab kemunculan fahaman-fahaman (yang salah), di mana kefahaman para Sahabat dan Tabi’in r.a. mengenal Allah dan Rasul-Nya dibiarkan dan ditinggalkan oleh mereka… hingga anda membaca al-Qur’an dari awal hingga akhir, anda tidak mendapati fahaman sepertl golongan di atas memahami maksud daripada Allah dan Rasul-Nya sebagaimana yang sepatutnya walau dalam satu tempat pun. Ini kerana dia mengetahuinya daripada kebiasaan fahaman orang ramai dan menolak apa yang didatangkan kepada Rasulullah s.a.w. lantas terjadilah perkara yang sebaliknya, iaitu penolakan apa yang didatangkan kepada Rasulullah. Dia mengikut apa yang dipercayainya dan yang dipilihnya serta mengikuti orang yang disangka baik untuk dijadikan ikutan. Ketika itu kata-kata tidak berguna lagi. Semuanya akan ditolaknya, dan dipilihnya apa yang sesuai untuk dirinya sahaja…

wallahua’lam