Selasa, 15 Disember 2009

Siapa Ulama' SUFI

Ahli sufi dan ulamak sufi adalah dua manusia yang berlainan.

Ahli sufi ialah seorang yang beramal dengan amalan tasawwuf dan istiqamah dengan jalan tasawwuf manakala ulamak sufi ialah yang banyak ilmunya tentang tasawwuf sehingga boleh menghuraikan maksud2 tasawwuf seperti mengarang kitab2 tasawwuf yang terkenal dan menjadi rujukan dalam masalah2 tasawwuf.

Diantara ahli sufi yang terkenal seperti Siirri as-Saqhoti, Ibrahim Adham, Daud A-Tho_i, Junaid Al-Baghdadi dan Basyar Al-Haafi.

Memang ada amalan2 khurafat yang diamalkan orang yang didakwa sebagai alaman sufi tetapi sebenarnya bukan amalan sufi. Amalan ini tidak salah kalau kita bida'ahkan dia. Tetapi membid'ahkan semua jalan2 sufi termasuk jalan2 yag benar adalah tidak benar dan mengakibatkan orang akan mencemuh jalan yang benar ini.

Tidak mesti amalan sufi yang tidak ada nas menyuruh boleh disesatkan melainkan amalan yang ada nas pula melarang berbuat.

Tiap amalan baik yang tidak ada sandaran hadith dan tidak ada pula bertentangan dengan syariat maka tidak boleh dikatakan bid'ah dholalah. Sama seperti amalan2 didalam fiqh dan lain2.

wallahua'lam

0 ulasan:

Catat Ulasan