Rabu, 2 Jun 2010
Kau Sahabat Kau Teman...
Aku tersilap langkah,
Langkah yang membuat aku rebah,
Rebah ke lembah hina,
Hina pada pandangan manusia.
Teman,
Aku berdosa,
Dosa dengan kalian?
Mungkin....
Kalian membenci diriku,
Aku terima bencian itu,
Bencian yang memuhasabahkan diriku.
Teman,
Terima kasih,
Tanpa kalian hidup ku sifar,
Tanpa kalian siapalah aku,
Teman,
Percayalah pada ku,
Aku rela berduka,
Asalkan kalian bahagia.
Demi Allah yang Esa,
Aku tidak membenarkan kalian ditimpa bala,
Tiada sanggup melihat kalian menitiskan air mata,
Teman,
Akan ku ingat kalian,
Di setiap doa kudus ku,
Ku mohon kepada-Nya,
Kebahagian kalian.
Teman,
Senyuman,
Serta senda guruan kalian,
Menghiburkan hati ku,
Memisahkan sempadan duka dan bahagia.
Terimalah ku walau seburuk mana pun diri ku.
Teman,
Aku tetap menerima kalian,
Saat hati ini hancur,
Kalian pengubat,
Aku menyayangi kalian lebih daripada diriku.
Kerna,
Pesan Baginda S.A.W,
Mukmin sempurna,
Menyayangi sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri.
Inilah tanda kasih ku terhadap mu wahai SAHABAT!
Sahabatmu,
Haziq
Selasa, 1 Jun 2010
Hati luluh diubati
Khamis, 27 Mei 2010
Saat terbukanya pintu FITNAH
Teman,usah khuatir.Masih ada disana yang menyayangi mu..Masih ada ALLAH disisi mu..Janji pada ku,jangan lupa akan pesanan kebaikkan yang telah aku sampaikan kepadamu..
Guruku,aku sudah tidak berdaya meneruskan usaha ku untuk teman-temanku.Bantulah aku.Pulihkan semangat ku.Jangan biarkan teman-temanku terleka dengan dunia mereka.Aku menyayangi teman-temanku.Tanpa mereka,tersesatlah aku di lautan.Bantulah aku............
Rabu, 21 April 2010
Saat hati Ku menangis
Suatu hari,aku telah dipanggil oleh kaunselor ku di sekolah.Beliau menyuruhku bertanya kepada guru yang mengajar pada waktu pnp sekarang iaitu selepas rehat 19/04/10. Sama ada guru yang mengajar pada waktu tersebut ingin mengajar atau pun memberi izin kepada kaunselor untuk menggantikan tempatnya.Lalu guru tadi memberi izin kepada kaunselor itu untuk masuk bertemu dengan aku dan rakan-rakan ku di kelas.Setelah mendapat keizinan,kaunselor tadi terus masuk kedalam kelas kami.Lalu dibukakannya suatu topik yang cukup hangat diperkatakan oleh setiap seorang guru disekolahkku.Iaitu ‘’couple’’.Alangkah terkejutnya aku.Terdiam seluruh isi kelas.Bagaikan dibuai mimpi yang asyik pada malam hari.Namun,aku hanya mampu senyum.Diceritakan kepada kami kesalahan-kesalahan kami yang telah kami lakukan hari demi hari.
Satu persatu soalan dilontarkan tetapi semuanya terdiam.Tergamam.Tidak dapat menjawab dengan betul.Termasuklah diri ku yang kerdil ini. Diceritakan juga kepada kami kejayaan orang-orang sebelum daripada kami.Bagaimana cara mereka mengatur strategi untuk meraih kejayan seperti mana sekarang.Membuatkan jiwa ku kembali memberontak untuk belajar,belajar dan terus belajar.
Tetapi, pada saat jiwa ku bekobar-kobar untuk belajar tiba-tiba ia hilang bagaikan pepasir ditiup angin.Ternyata sesi kaunseling yang diberikan kepada ku sebentar tadi tidak memberi impak yang besar kepada ku.Ya Allah..!!! betapa kerasnya hati hamba Mu ini. Memang penat mendengar leteran sesiapa pun. Tidak dapat dinafikan,sesi kaunseling memang tidak disukai oleh majoriti pelajar. Tiba-tiba loceng berbunyi menandakan sudah berakhir sesi itu.Wah!, memang lega!!..
Namun,kelegaan itu hanya sebentar.Kerana waktu itu akan diambil oleh seorang guru matematik tambahan(addmath).Belajar lagi,bisik hatiku.Lalu masuklah seorang guru yang amat kami sukai, yang kami sanjungi.Walaupun beliau seorang guru addmath,tetapi kami menggelarnya ‘’Ustaz’’.Beliau seorang bukan sahaja guru addmath malah aktif dalam dakwah.Pada saat itu,aku telah siap bersama modul addmath untuk belajar di atas meja kecilku.Tetapi pelik,ustaz hanya mengambil kerusinya lalu diletakkan dihadapan mejaku dan terus duduk.Aku hairan.Sambil duduk,dia bermain-main dengan tasbihnya.Kami terdiam.Lalu ditanyakan kepada kami ‘’Siapa yang masih bercouple?’’.Tersentak hati kami mendengarnya.Pada raut wajah ustaz yang berseri kerana wuduknya itu,aku sudah tahu beliau sedang marah.Marah kerana perbuatan maksiat kami.Diam sebentar dan ditanyakan lagi kepada kami satu soalan yang benar-benar mengejutkan hati kecil kami. “Apa jawapan kalian untuk saya jikalau ketika dipadang Mahsyar kelak Allah menyanyakan kepada saya ‘’wahai hamba ku, kenapakah kamu mengajarkan ilmu yang Ku beri, kepada anak muridmu yang sentiasa melakukan maksiat kapada Ku?’’ Apakah jawapan kalian untuk saya??” Aku tunduk.Tundukku kerana malu dengan soalan itu.Kerana ku tahu,akulah ahli maksiat itu. Tetiba,hatiku ingin sangat memberi jawapan namun apakan dayaku.Aku ingin berkata “Wahai ustaz,jikalau soalan yang Allah tanya kan itu sudah tidak mampu dijawab oleh ustaz,apakah kami yang jahil ini dapat menjawab pertanyaan Allah itu? Sudah tentu tidak.” Tetapi aku hanya terdiam tanpa berkata apa-apa.Hasrat ku untuk berkata seperti tadi hanyalah mimpi.Sat itu,diceritakan kepada kami megenai beliau yang sedang bermusafir bersama Gurunya ke suatu tempat.Lalu beliau melihat Gurunya itu hanya tidur beberap jam sahaja.Tidur dalam keaadan duduk.Ustaz mula sebak ketika menceritakanhal itu.Diceritakan lagi,pada suatu malam,beliau terjaga dari tidurnya lalu melihat Gurunya sedang bertahajjud.Ketika mendengar Gurunya sedang berdoa,beliau menangis.Menangis kerana doa itu cukup mengharukan hati kecilnya.Di dalam doa itu,Gurunya berdoa untuk kesejahteraan anak-anak muda yang sedang asyik dengan kehidupan dunia yang sementara.Leka denga hiburan dan sebagainya. “Lihatlah betapa sayang nya Guru tersebut kepada kalian”kata beliau sambil menyapu air mata nya yang membasahi pipinya.Pada saat beliau mendengar doa itu, beliau telah berjanji bahawa beliau akan mewakafkan seluruh hidupnya kepada agama Allah!! Ya Allah.. Betapa lembutnya hati ustaz ku ini.Disudahi cerita itu dengan tangisan.Terlalu sedih akan sikap kami.Sikap yang sikap yang langsung tiada cirri-ciri pelajar cemerlang.Ternyata sesi kedua yang telah ustaz berikan memberi makna yang sangat mendalam kepada batinku.Mulai saat itu,aku berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dunia & akhirat.Lalu bangun seorang sahabat ku dan berkata ‘’Ustaz! Saya mengaku sayalah yang salah.Saya membuat maksiat.Saya janji, mulai saat ini saya tidak akan couple lagi.” Ustaz mengangguk kepala nya lalu beredar.Aku terus melangkah kearah ustaz lalu mencapai dan mencium tangannya sambil aku memohon kemaafan daripada beliau atas segala silap ku terhadap beliau.Pada waktu itu,sahabat-sahabatku yang sebelum ini asyik dengan gelak ketawa, tiba-tiba menangis kerana menyesal atas perbuatan mereka kepada ustaz.Inilah suatu hikmah yang telah Allah kurniakan kepada kami.Allhamdulillah,kami bersyukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan kepada kami seorang ustaz yang begitu baik hatinya kepad kami.Semoga Allah merahmati hidupmu wahai Ustaz . Semoga Allah merahmati juga hidup guru-guruku disekolah yang telah banyak mendidik ku sejak kecil hingga ke akhir hayat ku nanti.Wallahua’lam.