Selasa, 1 Jun 2010
Hati luluh diubati
Marah,sedih,kecewa,redha? Hati yang kusam. Indah alam ciptaan Allah S.W.T mula melembutkan hatiku yang duka. Kerana,hati ini teringat akan pemiliknya yang hakiki. Aku teringat kembali saat RUH berjanji dihadapan Allah azzawajalla. Allah berfirman “adakah engkau bersaksi Aku ini tuhanmu?” Berkatalah ruh “Ya,aku bersaksi bahawa Engkaulah tuhanku” Saat yang amat bahagia ketika ruh di alam arwah.Melihat penciptanya.Penuh dengan kesucian pada setiap ruh yang diciptakan.Alangkah indahnya jika ruh yang berada dijasad sekarang ini masih bersih seperti dulu.Tidakkah kalian benar-benar berfikir ruh kita kini bagaikan kain putih yang penuh dengan dakwat hitam.Kotor!! Manusia lupa asal usul mereka. Bagaimana keadaan kita sewaktu kita dijemput oleh ALLAH nanti? Adakah kita menghadapNya dengan ruh yang suci.Sewktu itu tiada lagi yang dapat membantu,melainkan AMAL kita. Lukman al-hakim pernah berpesan kepada anak-anak beliau.Ucapannya yang masyhur itu dirakam oleh Allah S.W.T didalam Al-Quran. Lukman al-hakim berpesan “wahai anak-anak ku janganlah kamu SYIRIKKAN Allah!” Pesanan yang masyhur. Diajar dalam silibus Pendidikan Islam di sekolahku. Sekadar diterangkan jangan menyekutukan Allah hanya pada jangan menyembah berhala.Sememangnya kita umat Islam tidak membuat syirik itu.Na’uzubillah.Guruku bertanya,apakah maksud sebenar syirik itu? Aku terkelu. Lalu diajarkan aku akan maksud sebenar syirik itu. Umat Islam tidak akan menyembah berhala. Tapi mereka bakal dijilat neraka kerana mereka menyembah dunia!! Menyembah nafsu!! Tiadakah mereka sedar dengan perbuatan syirik itu? Hati yang benar-benar CINTA akan Allah dapat menempis segala syirik itu.Ayuhlah teman ku.Kita dibelenggu oleh syirik. Aku benar-benar mengajak diriku dan kalian.Kita musafir.Musafir yang hina.Dalam perjalanan menuju akhirat.Adakah cukup bekal untuk kita ke sana? Tanyalah iman diHATI. Guruku berpesan,CINTA yang mutlak hanya layak untuk Allah. Tiada yang berhak mendapat CINTA kita melainkan Allah. Telah kita saksikan dengan kalimah tauhid “LAILAHAILLALLAH”.Tiada tuhan melainkan Allah.Tiada aku CINTA melainkan Allah.Allah menyayangi kita.Tapi kenapa kita masih berat untuk menghargai Allah dengan cara yang diajarkan Nabi?? Allah menyatakan “jikalau engkau tidak mahu menuruti perintah ku,carilah bumi lain untuk engkau diami” Mampukah kita???? Jangan kita sombong.Sombong dengan fizikal kita.Apa yang ada pada fizikal akan hancur juga akhirnya.Allah menyatakan “sombong itu selendangKu,sesiapa mengambil selendangKu,Aku isytiharkan perang keatasnya” Allah sahaja layak sombong kerana Dia yang menciptakan kita.Jangan lah kita sombong,riak,takabbur,bangga kerana kita tidak layak.Kita hanya hamba yang hina dan daif disisinya.Ayuhlah kita berdoa agar Allah menurunkan RAHMATNYA kepada kita.InsyaALLAH,dengan barakah kehidupan yang berteraskan ISLAM,kita akan diselamatkan ALLAH dunia hingga akhirat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan