Suatu hari,aku telah dipanggil oleh kaunselor ku di sekolah.Beliau menyuruhku bertanya kepada guru yang mengajar pada waktu pnp sekarang iaitu selepas rehat 19/04/10. Sama ada guru yang mengajar pada waktu tersebut ingin mengajar atau pun memberi izin kepada kaunselor untuk menggantikan tempatnya.Lalu guru tadi memberi izin kepada kaunselor itu untuk masuk bertemu dengan aku dan rakan-rakan ku di kelas.Setelah mendapat keizinan,kaunselor tadi terus masuk kedalam kelas kami.Lalu dibukakannya suatu topik yang cukup hangat diperkatakan oleh setiap seorang guru disekolahkku.Iaitu ‘’couple’’.Alangkah terkejutnya aku.Terdiam seluruh isi kelas.Bagaikan dibuai mimpi yang asyik pada malam hari.Namun,aku hanya mampu senyum.Diceritakan kepada kami kesalahan-kesalahan kami yang telah kami lakukan hari demi hari.
Satu persatu soalan dilontarkan tetapi semuanya terdiam.Tergamam.Tidak dapat menjawab dengan betul.Termasuklah diri ku yang kerdil ini. Diceritakan juga kepada kami kejayaan orang-orang sebelum daripada kami.Bagaimana cara mereka mengatur strategi untuk meraih kejayan seperti mana sekarang.Membuatkan jiwa ku kembali memberontak untuk belajar,belajar dan terus belajar.
Tetapi, pada saat jiwa ku bekobar-kobar untuk belajar tiba-tiba ia hilang bagaikan pepasir ditiup angin.Ternyata sesi kaunseling yang diberikan kepada ku sebentar tadi tidak memberi impak yang besar kepada ku.Ya Allah..!!! betapa kerasnya hati hamba Mu ini. Memang penat mendengar leteran sesiapa pun. Tidak dapat dinafikan,sesi kaunseling memang tidak disukai oleh majoriti pelajar. Tiba-tiba loceng berbunyi menandakan sudah berakhir sesi itu.Wah!, memang lega!!..
Namun,kelegaan itu hanya sebentar.Kerana waktu itu akan diambil oleh seorang guru matematik tambahan(addmath).Belajar lagi,bisik hatiku.Lalu masuklah seorang guru yang amat kami sukai, yang kami sanjungi.Walaupun beliau seorang guru addmath,tetapi kami menggelarnya ‘’Ustaz’’.Beliau seorang bukan sahaja guru addmath malah aktif dalam dakwah.Pada saat itu,aku telah siap bersama modul addmath untuk belajar di atas meja kecilku.Tetapi pelik,ustaz hanya mengambil kerusinya lalu diletakkan dihadapan mejaku dan terus duduk.Aku hairan.Sambil duduk,dia bermain-main dengan tasbihnya.Kami terdiam.Lalu ditanyakan kepada kami ‘’Siapa yang masih bercouple?’’.Tersentak hati kami mendengarnya.Pada raut wajah ustaz yang berseri kerana wuduknya itu,aku sudah tahu beliau sedang marah.Marah kerana perbuatan maksiat kami.Diam sebentar dan ditanyakan lagi kepada kami satu soalan yang benar-benar mengejutkan hati kecil kami. “Apa jawapan kalian untuk saya jikalau ketika dipadang Mahsyar kelak Allah menyanyakan kepada saya ‘’wahai hamba ku, kenapakah kamu mengajarkan ilmu yang Ku beri, kepada anak muridmu yang sentiasa melakukan maksiat kapada Ku?’’ Apakah jawapan kalian untuk saya??” Aku tunduk.Tundukku kerana malu dengan soalan itu.Kerana ku tahu,akulah ahli maksiat itu. Tetiba,hatiku ingin sangat memberi jawapan namun apakan dayaku.Aku ingin berkata “Wahai ustaz,jikalau soalan yang Allah tanya kan itu sudah tidak mampu dijawab oleh ustaz,apakah kami yang jahil ini dapat menjawab pertanyaan Allah itu? Sudah tentu tidak.” Tetapi aku hanya terdiam tanpa berkata apa-apa.Hasrat ku untuk berkata seperti tadi hanyalah mimpi.Sat itu,diceritakan kepada kami megenai beliau yang sedang bermusafir bersama Gurunya ke suatu tempat.Lalu beliau melihat Gurunya itu hanya tidur beberap jam sahaja.Tidur dalam keaadan duduk.Ustaz mula sebak ketika menceritakanhal itu.Diceritakan lagi,pada suatu malam,beliau terjaga dari tidurnya lalu melihat Gurunya sedang bertahajjud.Ketika mendengar Gurunya sedang berdoa,beliau menangis.Menangis kerana doa itu cukup mengharukan hati kecilnya.Di dalam doa itu,Gurunya berdoa untuk kesejahteraan anak-anak muda yang sedang asyik dengan kehidupan dunia yang sementara.Leka denga hiburan dan sebagainya. “Lihatlah betapa sayang nya Guru tersebut kepada kalian”kata beliau sambil menyapu air mata nya yang membasahi pipinya.Pada saat beliau mendengar doa itu, beliau telah berjanji bahawa beliau akan mewakafkan seluruh hidupnya kepada agama Allah!! Ya Allah.. Betapa lembutnya hati ustaz ku ini.Disudahi cerita itu dengan tangisan.Terlalu sedih akan sikap kami.Sikap yang sikap yang langsung tiada cirri-ciri pelajar cemerlang.Ternyata sesi kedua yang telah ustaz berikan memberi makna yang sangat mendalam kepada batinku.Mulai saat itu,aku berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dunia & akhirat.Lalu bangun seorang sahabat ku dan berkata ‘’Ustaz! Saya mengaku sayalah yang salah.Saya membuat maksiat.Saya janji, mulai saat ini saya tidak akan couple lagi.” Ustaz mengangguk kepala nya lalu beredar.Aku terus melangkah kearah ustaz lalu mencapai dan mencium tangannya sambil aku memohon kemaafan daripada beliau atas segala silap ku terhadap beliau.Pada waktu itu,sahabat-sahabatku yang sebelum ini asyik dengan gelak ketawa, tiba-tiba menangis kerana menyesal atas perbuatan mereka kepada ustaz.Inilah suatu hikmah yang telah Allah kurniakan kepada kami.Allhamdulillah,kami bersyukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan kepada kami seorang ustaz yang begitu baik hatinya kepad kami.Semoga Allah merahmati hidupmu wahai Ustaz . Semoga Allah merahmati juga hidup guru-guruku disekolah yang telah banyak mendidik ku sejak kecil hingga ke akhir hayat ku nanti.Wallahua’lam.
3 ulasan:
perkongsian yg amat bagus.. alhamdulillah.. lu da update, publish la kt fb.. em.. wakafkan hdp utk agama ALLAH...
Salam alhamdullilah,
saudara setelah saya membaca coretan saudara saya merasakan diri saya terlalu hina. saya seorg pelajar berusia 17 tahun. saya pernah berkapel tp sebelum saya betul2 menentang isu kapel ini. saya amat membencinya. tap ada seorg hamba Allah ini mengatakan saya xblh membenci kapel ini seratus peratus jika tidak saya ini seorg yg x normal. adakah itu betul atau x saudara?. pertama kali saya berkapel hanyalah bertujuan menguji sejauh mana kebaikan kapel. saya kapel dgn kawn baik saya sendiri demi menjaga hatinya walhal saya xpernah menerima perasaan tersebut dlm hati saya. saya x asew apew2 ttg kapel saye asew baik kitaowg terus berkwn cz berkawn itu lebih indah dari berkapel. kitaowg putus. tp tahun ini saya telah melencong jauh dari perangai saya yg dahulu saya jd teruk dan terlalu teruk. saya kapel balik dgn insan tersebut. saya xpernah jumpa die. cuma melalui telefon krana die telah berpindah jauh kesekolah lain. yg teruknye saudara saya mcm main kayu tiga. saya x kapel dgn owg lain dlm masa yg same tp saya menjalinkan hubungan yg terlalu mesra sampaikan ucapan i luv u n mmuaaah sudah bebas diluahkan untuk mana2 lelaki. malahan saya yg dahulu xpernah lepak dgn lelaki sudah menjd kebiasaan untk diri saya. yg mengejutkan saya telah rela berpegang tgn dgn lelaki. mulanya masa tu hati saya terguris saya mengadu ke paksepupu saya yg usianya sama dgn saya. saya entah mcm mana pegang lengan die dgn lama. mlm itu saya menyesal sgt2. saya xpernah bersentuhan dgn lelaki yg bukan muhrim selama ini membuatkan diri saya jd x tentu dan berasa diri saya terlalu berdosa walaupun hanya sekali tu . itu yg pertama dan terakhir buat saya. saya ingin berubah tp saya nie mcm hangat2 tahi ayam. sya cuba tp x boleh. saya cuba jauhkan diri dari lelaki dan skrg saya dah bebas saya dah x kapel tp hubgan rapat dgn lelaki masih ada. saya risau dgn diri saya. tolong lah beri pendapat yg sewajarnye kat saya. satu lagi saya ada cuba nk ajak 2 lg kawan baik saya supaya kurangkan aktiviti sosial dieorg. dieowg perempuan x elok keluar malam, keluar dgn lelaki. yg sorg tu berpegang tgn mcm perkara yg asing bg die. saya risau tgk keadaan die tp saya takut nk beritahu dieowg kerna dieowglah satu2nye kwn yg saya ada. saya takut dieowg jauh dr saya. tolong beri pendpat
Wsalam saudari..
Adalah ssuatu yg benar jika kita ini mempunyai perasaan terhadap seseorang..kerana itulah fitrah hidup manusia.Allah menciptakan kita berpasang-pasangan.Lelaki perlukan wanita dan wanita perlukan lelaki.TAPI! ingat,bilakah saat itu??? bukan sekarang wahai sahabat.Sekarang hanya masa untuk kita belajar.Masa masih panjang.Jangan dirisaukan pasal jodoh.Kerana Allah telah brjanji wanita yang baik untuk lelaki yang baik.Janji Allah semuanya benar.Ustaz saya pesan bahawa Allah dah warning dalam Quran "walatakrabuzzina" maksudnya "jangan kamu dekati zina".Sememangnya apa yang telah saudari ceritakan itu wajib ditinggalkan.Bersentuhan antara bukan muhrim satu perkara yang amat besar dosanya.Masih sempat lagi untuk bertaubat.Kalau sudah ada penyesalan Alhamdulillah.Masalah kwan2 itu cuba usaha kan untuk tujukkan contoh tauladan kita kat mereka.Dari segi pemakaian,tingkah laku,adab kita.Lahirkan sifat2 mahmudah agar apabila kita menjaga diri kita,nescaya Allah akan juga tolong kita.InsyaAllah..
Catat Ulasan